Sebagai bakal guru Pendidikan Islam kami sememangnya beriltizam untuk menjadi :
- Pendidik yang mencapai tahap Murabbi kepada anak didik kami. Tugas kami bukan sekadar mengajar, tetapi mendidik anak didik dalam pelbagai aspek termasuklah aspek sahsiah diri bukan akademik semata-mata.
- Pendidik yang menjadi qudwah dan role model terbaik kepada anak didik kami merangkumi aspek kata-kata , (perkataan) tingkah laku, akhlak semasa berinterakasi dengan mereka.
- Pendidik yang berpengetahuan tinggi dan menjadi rujukan utama anak didik dalam segala permasalahan mereka.
- Pendidik yang Profesional dan Cemerlang dari aspek akhlak, ketrampilan diri.
- Pendidik yang bersungguh-sungguh mendidik anak bangsa dengan ikhlas dan hanya mendambakan redha Allah. Pendidik yang sentiasa mendoakan anak didik sehingga mereka berjaya dan cemerlang dalam aspek duniawi dan ukhrawi..
- Doakan kami agar dapat memenuhi dan merealisasikan wawasan kami ini..Moga-moga segala usaha kami diiringi dengan redha Ilahi.
0 comments:
Post a Comment