Pengalaman mendewasakan kita…pengalaman dan kisah suka duka, pahit dan manis begitu sinonim kepada kami yang bergelar siswi…Semuanya akan menjadi kenangan dan memori manis apabila kami kenangkan kembali satu hari nanti..
Terlalu banyak tugasan yang terpaksa kami siapkan apatah lagi apabila bergelar siswi tahun akhir..semua itu menuntut kepada kesabaran yang tinggi..Bila semua penat, letih dengan bebanan tugasan masing-masing, kadang-kadang berlaku juga salah faham antara kami..maklumlah..bila dah penat, kami agak emosi…tapi, tu semua adalah asam garam kehidupan yang membuatkan kami lebih rapat dan memahami antara satu sama lain..
Teringat masa mula-mula bincang untuk siapkan task pertama Tekno, kami bermasam muka kerana sikit salah berlaku antara kami..tapi lepas tu semuanya kembali ok kembali..:)
Masa kelas 1st Tekno bermula, Diana dan Aiza tak hadir ke kelas kerana ada hal perlu diselesaikan..maka tinggallah fidah sorang ahli group kami.. dan dia terpaksa bertungkus lumus sorang2 menyiapkan tugasan pertama dalam kelas ketika itu..sian sangat kat fidah…ucapan terima kasih tak terhingga kami buat fidah atas jasa untuk group kami..thanks a lot fidah..Hanya Allah yang dapat membalasnya..:)
Ni pulak kisah masa nak pergi sekolah Taman Datuk Harun untuk praktikal dan mengajar…malam sebelum kami ke sekolah tu, kami bertungkus lumus buat preparation dan final touch sebelum mengajar keesokkan harinya..kami buat persediaan terakhir untuk pastikan segala bahan untuk pengajaran ok dan segalanya akan berjalan lancar semasa mengajar di sekolah..malam tu kami tido agak lewat juga demi memastikan Model P&P kami dalam keadaan baik..segala kepenatan kami terbayar apabila pergi ke sekolah..kami amat bersyukur, gembira dan seronok dengan respon yang diberikan murid-murid semasa mengajar di sekolah tempoh hari..
Lebih menggembirakan kami, apabila task for induksi set yang ditunjukkan dalam kelas Tekno mendapat pujian daripada ustazah..Alhamdulillah tak sia-sia usaha kami..terima kasih ustazah kerana sudi memberikan tunjuk ajar..:). Bersyukur dan amat gembira kerana Allah berikan peluang kepada kami menimba ilmu daripada Ustazah Salina..banyak pengalaman mengajar ustazah kongsi bersama kami..kami juga berpeluang mendapat ilmu tambahan berkenaan perubatan Islam apabila ustazah sendiri menceritakan pengalaman beliau..semuanya menjadi amat berguna kepada kami apabila bergelar pendidik nanti..dan yang paling best, apabila kami mendapat peluang belajar membuat blog sendiri..Alhamdulillah.
Tak dapat dinafikan sememangnya zaman belajar adalah zaman paling indah..begitu berharga memori ketika bersama-sama sahabat..sesungguhnya pengalaman suka dan duka ini menjadikan kami lebih matang dalam menjalani kehidupan..semoga kami bakal menjadi pendidik terbaik dan ikhlas mendidik anak bangsa demi mencapai kejayaan duniawi dan ukhrawi, insyaAllah..ameen..

1 comments:
cikgusolehah, moga dapat melahirkn studentsolehah... elok masukkan powerpoint set induksi anda yg betajuk remaja sekolah... ia menarik
Post a Comment