seronok betul bila kami teringat pengalaman mengajar kat sek.men.datuk harun baru-baru ni..
lepas habis kelas pengajaran mikro pendidikan islam kami terus pergi ke sekolah menengah datuk harun.kami pergi dengan kereta sewa(teksi)..maklumlah kami masih belajar..kereta sendiri belum ada lagi..kami tiba di sekolah tersebut dalam pukul 1.15 tengah hari.. memandangkan waktu masih awal, kami pergi ke surau sekolah terlabih dahulu untuk menunaikan solat zohor.. kebetulan juga pada masa tersebut adalah waktu rehat.. kami dapat mendengar keriuhan suara murid-murid yang sedang berbual-bual.
setelah selesai solat, kami pun menuju ke kelas yang kami akan mengajar.
kami ditugaskan untuk mengajar tajuk "Dakwah tanggungjawab bersama". kami dah prepare semua bahan-bahan pengajaran kami sebelum murid-murid masuk ke kelas. Ustazah Salina memang dan tunggu kami kat kelas masa tu. ustazah tolong kami pasang LCD.. setelah selesai memasang peralatan tersebut, ustazah pun meninggalkan kami di dalam kelas...
sementara menunggu murid-murid kelas tersebut masuk kami berbual-bual dengan seorang murid yang ada berhampiran kelas tersebut.murid tersebut daripada kelas lain. Dia menceritakan kepada kami tentang pengalaman bersama sahabat-sahabat kami yang telah mengajar mereka sebelum ini.. dari riak wajahnya dan gaya bahasanya jelas tergambar bahawa dia seronok dapat berjumpa dan belajar dengan sahabat-sahabat kami sebelum ini..
pada pukul 2-30 petang, murid-murid pun masuk ke dalam kelas.Awalnya kami berdebar jugak nak mengajar tapi bila dah sampai saat mengajar tu tiba-tiba lak jadi semangat.hehe..klakar pulak.. murid-murid yang kami ajar tu pulak bagi respon yang baik kpd kami tapi ada jugak yang nakal-nakal skit..terutamanya murid lelaki..
Disebabkan kami tiga orang, jadi kami membahagikan bahagian mengajar kepada 3 bahagian.. induksi set dan langkah pertama dimulakan oleh diyana kamudian langkah 2 dan 3 disambung oleh aiza dan seterusnya langkah4 dan penutup disambung oleh hafidah.
kami rasa seronok sangat dapat mengajar mereka semua.. walaupun ada yang nakal tapi mereka semua masih dapat dikawal.. kami dapat rasakan perbezaaan mengajar sebenar dengan mengajar secara lakonan di hadapan kawan-kawan dalam subjek pengajaran mikro yang kami semua lalui.. yang pastinya yang realiti itu lebih menarik daripada lakonan kami mengajar di hadapan kawan-kawan kerana ia benar-benar berlaku secara langsung... pengalaman tersebut benar-benar memberi makna kepada kami sebagai bakal pendidik..
kami benar-benar ingin berterima kasih kepada ustazah Salina kerana memberi peluang kepada kami untuk mengajar..terima kasih ustazah kerana memberi kepercayaan kepada kami yang masih mentah ini...
JARI JEMARi
8 years ago
0 comments:
Post a Comment