Bagaimana blog boleh membantu proses pengajaran dan pembelajaran yang baik?
Alhamdulillah, Allah memberikan kami peluang untuk belajar membina blog sendiri. Sememangnya banyak faedah serta manfaat yang kami peroleh hasil daripada pembinaan blog. Secara tidak langsung, ilmu yang diperoleh ini membantu kami terutamanya para bakal pendidik dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Antara manfaat daripada pembinaan blog ini termasuklah :
Segala bahan berkaitan pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan di dalam kelas, boleh dimuatkan dalam blog dan membolehkan sesiapa sahaja yang mengunjungi blog termasuk para pelajar mendapatkan bahan-bahan pengajaran melalui blog. Di samping itu, bahan- bahan pengajaran yang turut dimuatkan dalam blog ini membantu para pelajar khususnya mendapatkan nota-nota penting yang tidak dapat mereka salin di dalam kelas.
Selain itu, melalui blog kita dapat berkongsi maklumat –maklumat, bahan- bahan yang berkaitan dengan pengajaran dengan blogger-blogger lain yang turut menggunakan blog sebagai salah satu medium berkongsi maklumat. Kita juga boleh mendapatkan soalan-soalan peperiksaan, latih tubi bagi subjek tertentu dengan memuat turun bahan-bahan tersebut melalui blog-blog lain yang menyediakan bahan tersebut.
Kita juga boleh mencatatkan segala pengalaman mengajar dalam blog dan mungkin pengalaman ini boleh membantu blogger lain yang melayari blog kita sebagai rujukan dan sedikit ilmu untuk mempertingkatkan lagi kualiti pengajaran. Membantu memudahkan orang mendapat ganjaran pahala yang bernilai. Sebagai contohnya pengalaman mengajar di Sekolah Menengah Dato’ Harun yang boleh menjadi rujukan kepada bakal-bakal guru yang akan mengajar dalam situasi sebenar tidak lama lagi.
Di samping itu juga, melalui blog perkongsian maklumat, ilmu, idea, dan bahan yang berlaku dapat memperkembangkan lagi kaedah-kaedah dan bahan yang digunakan untuk proses pengajaran dan pembelajaran.
Akhirnya melalui blog, komen dan kritikan daripada blogger lain membantu kita meningkatkan tahap atau kuliti dalam pengajaran sekiranya segala komen dan kritikan itu dierima secara terbuka dan dimanfaatkan sebaiknya.
Thursday, October 23, 2008
Kepentingan dan manfaaat blog..
Posted by Dya Hafiza at 3:32 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment