CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, November 2, 2008

PETUA AWET MUDA..

Muka kita biasanya akan berminyak selepas bangun dari tidur. inilah masanya untuk mengamalkan urutan wajah. urutkan wajah dengan air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat ke atas Nabi sebanyak 3x. gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan dan diletakkan di bawah dagu. pusingkan jari ke pipi, pipi ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi. lakukan setiap pagi disusuli dengan meminum air suam sebelum mengambil sarapan pagi. perlu diingat, jangan sesekali mengurut wajah dari atas ke bawah kerana ia akan percepatkan proses kedutan.

1. sejurus bangun pagi, baca doa, amalkan petua ini sebelum mandi dan gosok gigi. masukkan air dalam mulut selama 10 saat dan selawat 3x dalam hati. kemudian, baru diteguk. air liur pada awal pagi mengandungi enzim yang boleh jadi penawar, kemudian barulah menggosok gigi.

2. baca ayat 35-38 surah al-Waqiah setiap kali mandi untuk curahan pertama, mulakan dari kepala.

3. selepas solat subuh, bacalah surah Yusuf kemudian minum tiga teguk air suam. mudah2an wajah kelihatan berseri dan awet muda.

4. setelah itu, lakukan snaman ringan. hirup udara segar di luar dan jalan tanpa memakai kasut di halaman yang berumput. geselkan kaki di atas rumput yang masih berembun.

5. amalkan memotong kuku atau rambut pada hari2 yang baik iaitu Isnin, Khamis, Isnin dan Jumaat. Mulakan memotong dari jari telunjuk kanan hingga ke jari kelingking dan seterusnya jari kelingking kiri ke ibu jari tangan kiri. amalkan menanam kuku dan rambut yang dipotong atau gugur mudah2an mendapat berkat di dunia dan akhirat.

6. semasa berdandan pada waktu pagi baca selawat Nabi di kedua-dua tapak tangan dan raupkan ke muka berserta niat dalam hati supaya diindahkan wajah seperti Nabi yusuf. amalkan setiap pagi.

8. ketika makan, janganlah disulam dengan minum air. minumlah setelah setengah jam selepas makan

9. rajin2kan membaca al-Quran dengan niat ikhlas kerana Allah.

10. amalkan solat tahajud
11. sentiasa tenang dan bersikap positif.

12. mulakan sesuatu urusan dengan nawaitu yang baik dan niat kerana Allah

13. maafkan semua orang sebelum tidur.

p/s: petua ini sangat baik untuk diamalkan, selain tidak memerlukan apa-apa belanja..ia juga berkesan untuk menghasilkan kecantikan luar dan dalaman sekaligus (rohani). tak perlu lagi berbelanja besar dan membazir beli bahan yang berbahaya dan haram seperti botox dan bahan2 kosmetik yang mengandungi bahan kimia yang membahayakan. biar kita cantik zahir, cantik juga rohani

KATAKAN TIDAK PADA BAHAN KECANTIKAN YANG PALSU, MENIPU DAN HARAM

Thursday, October 23, 2008

CINTA LUAR BIASA...

Cinta luar biasa..Cinta seorang Kekasih kepada umatnya..Hingga pada hembusan nafasnya yang terakhir..Lidah Rasulullah menuturkan tanpa henti..Ummati.. ummati.. ummati..

Cinta luar biasa..Kisah cinta Handzalah..Meninggalkan isteri di malam pernikahan..Lantaran menyahut seruan jihad..Akhirnya syahid di medan perjuangan..

Cinta luar biasa..Seteguh kasih Khadijah Radiallahu'an (ha)..Tak pernah jemu memberikan sokongan..Rela mengorbankan segala kemewahan..Di saat Rasulullah dan Islam dipinggirkan.

Cinta luar biasa..Kisah kesetiaan Abu Bakar Radiallahu'an (hu)..Kasih seorang sahabat yang tiada tandingan..Insan yang sentiasa membenarkan. .Sewaktu kata-kata Rasulullah dipersendakan.

Cinta luar biasa..Kisah ketabahan Hajar..Ditinggalkan di tanah yang gersang bersama Ismail..Bukti kasih seorang ibu yang berlarian mencari air..Tatkala mendengar tangisan si anak kecil..

Cinta luar biasa..Umpama keberanian Ali..Di malam penghijrahan Nabi..Menggantikan Rasulullah di tempat tidurnya..Walaupun jiwa menjadi taruhannya..

Cinta luar biasa..Cinta Asiah, Masyitah dan Sumaiyyah..Menggadaikan nyawa demi mempertahankan aqidah..Iman di dada tak sedikit pun goyah..Kerana keyakinan yang teguh atas segala janjiNya..Kisah cinta luar biasa..Insan pilihan yang berada di atas jalanNya..Betapa tulusnya kasih, teguhnya jiwa..Redha dan sabar menempuh segala ujian..Merekalah insan yang memahami erti kemanisan iman..

Mampukah diri ini meraih cinta luar biasa?-----------------Kau Kata Kau Cinta Rasulullah S.A.W?Berapa Kali Kau Berselawat Pada Baginda dalam Sehari?

Kepentingan dan manfaaat blog..

Bagaimana blog boleh membantu proses pengajaran dan pembelajaran yang baik?

Alhamdulillah, Allah memberikan kami peluang untuk belajar membina blog sendiri. Sememangnya banyak faedah serta manfaat yang kami peroleh hasil daripada pembinaan blog. Secara tidak langsung, ilmu yang diperoleh ini membantu kami terutamanya para bakal pendidik dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Antara manfaat daripada pembinaan blog ini termasuklah :

Segala bahan berkaitan pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan di dalam kelas, boleh dimuatkan dalam blog dan membolehkan sesiapa sahaja yang mengunjungi blog termasuk para pelajar mendapatkan bahan-bahan pengajaran melalui blog. Di samping itu, bahan- bahan pengajaran yang turut dimuatkan dalam blog ini membantu para pelajar khususnya mendapatkan nota-nota penting yang tidak dapat mereka salin di dalam kelas.

Selain itu, melalui blog kita dapat berkongsi maklumat –maklumat, bahan- bahan yang berkaitan dengan pengajaran dengan blogger-blogger lain yang turut menggunakan blog sebagai salah satu medium berkongsi maklumat. Kita juga boleh mendapatkan soalan-soalan peperiksaan, latih tubi bagi subjek tertentu dengan memuat turun bahan-bahan tersebut melalui blog-blog lain yang menyediakan bahan tersebut.

Kita juga boleh mencatatkan segala pengalaman mengajar dalam blog dan mungkin pengalaman ini boleh membantu blogger lain yang melayari blog kita sebagai rujukan dan sedikit ilmu untuk mempertingkatkan lagi kualiti pengajaran. Membantu memudahkan orang mendapat ganjaran pahala yang bernilai. Sebagai contohnya pengalaman mengajar di Sekolah Menengah Dato’ Harun yang boleh menjadi rujukan kepada bakal-bakal guru yang akan mengajar dalam situasi sebenar tidak lama lagi.

Di samping itu juga, melalui blog perkongsian maklumat, ilmu, idea, dan bahan yang berlaku dapat memperkembangkan lagi kaedah-kaedah dan bahan yang digunakan untuk proses pengajaran dan pembelajaran.

Akhirnya melalui blog, komen dan kritikan daripada blogger lain membantu kita meningkatkan tahap atau kuliti dalam pengajaran sekiranya segala komen dan kritikan itu dierima secara terbuka dan dimanfaatkan sebaiknya.

Monday, October 20, 2008

Munajat seorang hamba...

Kenapakah begitu susah untuk aku mengubah diri ini agar menjadi insan berguna pada mata Ilahi?Kenapa begiru sukar diri ini untuk menerima segala kebenaran yang diajarkan padaku?Begitu hitamkah hati ku ini?Begitu menggunungkah dosa diri ini?

Layakkah aku untuk meminta ampunanMu ya Allah?Masih adakah ruang untuk hidayahMu bertapak dalam ruangan hati hitam ini ya Allah?Kenapa begitu susah diri ini untuk mengalirkan air mata apabila disebut nama yang Maha Esa…?Kenapa begitu berat air mata ini untuk mengalir mendengar nama Rasulullah s.a.w?kenapa begitu jauh diri ini jika dibanding dengan para pejuang Islam yg lain?Aku jua muslim yang sama-sama ingin melihat kebangkitan Islam….Aku jua muslim yang bersama-sama melawan arus jahiliyah..Tapi diri ini tetap ku rasakan masih sungguh jauh untuk menghampiri gerbang syurga-Mu ya Allah……Tapi aku tidak sanggup dengan siksaan api neraka-Mu...

Ya Allah……Hinanya diri ku ini ya Allah…Kotornya diri ku ini ya Allah…Jijiknya diri ku ini ya Allah…Berilah hidayah padaku ya Allah…Janganlah Kau tinggalkan aku walau sesaat…Pimpinlah aku dalam setiap detik perbuatanku…Aku tidak sanggup jika Kau berpaling dari memandang diri ini…Tidak sanggup ya Allah….Segala-galanya aku berserah pada Mu…Aku tidak apat membayangkan diriku tanpa pimpinan-Mu ya Allah…Aku tidak sanggup menjadi sehina-hina manusia pada pandangan-Mu…

Astaghfirullahalazim…Ampunilah aku dalam setiap kejahilan dan kelekaanku….Hanya pada Engkau aku bergantung dan mengharap segala-galanya….
Air mata membasahi pipi….Adakah ini air mata keinsafan???Ini adalah air mata kehinaan yang melanda diri ini…Diri ini sedih dengan apa yg telah hambaMu ini lakukan….Aku ingin meminta sesuatu dari Mu..Tapi aku sungguh malu padaMu ya Allah..Aku teringat perjuangan Hassan Al-Banna..Aku sangat mengagumi perjuangan beliau…Aku mengagumi perjuangan Syed Qutub…Tapi ya Allah…aku malu ya Allah untuk menyatakannya…Masih layakkah diri ini menyebut nama Hassan Al-Banna? Nama syed Qutub?Masih tersisakah pejuang sepertinya untuk diri ini….

Malunya aku ya Allah dengan permintaan ini...Aku tidak layak memikirkan tentangnya..Wanita seperti manakah yang Kau pilihkan untuk mereka…?Wanita yang bagaimanakah yang telah Kau pilih untuk melahirkan mereka?Semestinya seperti Zainab Al-Ghazali dan mereka yang seangkatan dengan beliau…Aku ingin sekiranya boleh mendampingi orang-orang sekaliber mereka. Seorang yang hidupnya semata-mata untuk Allah. Mereka tak tergoda rayuan harta dan benda apalagi wanita. Aku ingin sekiranya boleh menjadi seorang ibu bagi mujahid-mujahid seperti Hassan Al-Banna.Masih tersisakah mujahid seperti Al-Banna untukku ya Allah…?Layakkah diri ini untuk menjadi peniup semangatnya?Aku sungguh malu menyatakannya ya Allah…Sungguh hina diri ini…sungguh kotor diri ini…Sungguh lemah diri ini untuk mujahid seperti mereka…Air mata ini jika dialirkan hingga titisan terakhir,namun ia masih tidak mencukupi untuk menyatakan rasa bersalah dengan dosa-dosa diri ini yang menggunung tinggi...

Ya Allah…..Pimpinlah daku…Janganlah Kau tinggalkan aku walau sesaat cumaAku tidak sanggup dibiarkan dlm lumpur dosa2 hina….Ampunilah aku ya Allah….Astaghfirullahalazim…Astaghfirullahalazim…Astaghfirullahalazim…

Wednesday, October 15, 2008

Tazkirah ...

SURAT CINTA DARIKU SEORANG AYAH : UNTUK ANAKKU TERSAYANG

Nak….., menjadi ayah itu indah dan mulia, dengan itu aku bangga. Besar kecemasanku menanti kelahiranmu dulu belum hilang hingga saat ini. Kecemasan yang besar dan indah itu karena didasari sebuah cinta.Meskipun demikian, ketahuilah, menjadi ayah itu berat dan sulit. Tapi ku akui, betapa sepanjang masa kehadiranmu disisiku, aku seperti menemui makna keberadaanku dan tugas kebapakanku terhadapmu. Sepanjang masa keberadaanmu adalah suatu masa terindah dan paling aku banggakan dihadapan siapapun. Bahkan dihadapan Tuhan sekalipun aku membanggakanmu ketika aku duduk berduaan denganmu dihadapanNya, hingga saat usia senja menanti.

Nak…. ., saat pertama engkau hadir, kucium dan kupeluk engkau sebagai buah cintaku dan cinta ibumu. Sebagai bukti dan pengikat bahwa aku dan ibumu tak akan pernah terpisahkan oleh apapun dan siapapun.Tapi…., seiring waktu berjalan, ketika engkau tumbuh besar dan telah pula pandai bicara, ketika engkau telah mampu membantah suruhanku dengan kata “ ‘NDAK MAU “ tersentak didadaku…!Hingga membuat diriku tersadarkan siapa engkau sesungguhnya.Engkau ternyata bukan milikku, bukan pula milik istriku ibumu, engkau adalah milik Allah yang dititipkan kepadaku.

Dari itu tak ada hakku menuntut pengabdian darimu. Karena pengabdian sesungguhnya hanya patut untukNya.Sejak saat itu, satu-satunya usahaku adalah mendekatkanmu kepada pemilikmu yang sebenarnya.Tugasku bukanlah membuatmu dikagumi orang lain, tapi tugasku sebenarnya adalah membuatmu dicintai Allah, untuk itu aku harus mendekatkanmu kepadaNya.Inilah usaha terberatku, karena disitu artinya aku harus terlebih dahulu memberikan contoh kepadamu bagaimana mendekatkan diri denganNya. Keinginanku harus sesuai dengan keinginanNya Sang Pemilikmu agar perjalananku untuk mendekatkanmu kepadaNya tak lagi terlalu sulit.

Kemudian, kitapun memulai perjalanan itu berdua bergandengan dengan ibumu, tak pernah engkau kami biarkan tersandung kerikil tajam, terperosok kelembah hitam. Kugenggam jemarimu kupeluk jiwamu, agar dapat kau rasakan hangatnya perjalanan rohani ini.

Saat engkau mengeluh letih berjalan, kutarik engkau dengan belaian sayang karena kita memang tak boleh berhenti. Perjalanan mendekat denganNya tak kenal letih tak kenal berhenti.. Berhenti berarti mati mata hati. Inilah kata-kataku. Acap kali kubelai kupeluk dan kuusap air matamu ketika engkau hampir putus asa.

Wawasan kami sebagai guru Pendidikan Islam..

Sebagai bakal guru Pendidikan Islam kami sememangnya beriltizam untuk menjadi :

  1. Pendidik yang mencapai tahap Murabbi kepada anak didik kami. Tugas kami bukan sekadar mengajar, tetapi mendidik anak didik dalam pelbagai aspek termasuklah aspek sahsiah diri bukan akademik semata-mata.
  2. Pendidik yang menjadi qudwah dan role model terbaik kepada anak didik kami merangkumi aspek kata-kata , (perkataan) tingkah laku, akhlak semasa berinterakasi dengan mereka.
  3. Pendidik yang berpengetahuan tinggi dan menjadi rujukan utama anak didik dalam segala permasalahan mereka.
  4. Pendidik yang Profesional dan Cemerlang dari aspek akhlak, ketrampilan diri.
  5. Pendidik yang bersungguh-sungguh mendidik anak bangsa dengan ikhlas dan hanya mendambakan redha Allah. Pendidik yang sentiasa mendoakan anak didik sehingga mereka berjaya dan cemerlang dalam aspek duniawi dan ukhrawi..
  6. Doakan kami agar dapat memenuhi dan merealisasikan wawasan kami ini..Moga-moga segala usaha kami diiringi dengan redha Ilahi.

Tuesday, October 14, 2008

Pengalaman suka duka kami bertiga...

Pengalaman mendewasakan kita…pengalaman dan kisah suka duka, pahit dan manis begitu sinonim kepada kami yang bergelar siswi…Semuanya akan menjadi kenangan dan memori manis apabila kami kenangkan kembali satu hari nanti..
Terlalu banyak tugasan yang terpaksa kami siapkan apatah lagi apabila bergelar siswi tahun akhir..semua itu menuntut kepada kesabaran yang tinggi..Bila semua penat, letih dengan bebanan tugasan masing-masing, kadang-kadang berlaku juga salah faham antara kami..maklumlah..bila dah penat, kami agak emosi…tapi, tu semua adalah asam garam kehidupan yang membuatkan kami lebih rapat dan memahami antara satu sama lain..
Teringat masa mula-mula bincang untuk siapkan task pertama Tekno, kami bermasam muka kerana sikit salah berlaku antara kami..tapi lepas tu semuanya kembali ok kembali..:)
Masa kelas 1st Tekno bermula, Diana dan Aiza tak hadir ke kelas kerana ada hal perlu diselesaikan..maka tinggallah fidah sorang ahli group kami.. dan dia terpaksa bertungkus lumus sorang2 menyiapkan tugasan pertama dalam kelas ketika itu..sian sangat kat fidah…ucapan terima kasih tak terhingga kami buat fidah atas jasa untuk group kami..thanks a lot fidah..Hanya Allah yang dapat membalasnya..:)
Ni pulak kisah masa nak pergi sekolah Taman Datuk Harun untuk praktikal dan mengajar…malam sebelum kami ke sekolah tu, kami bertungkus lumus buat preparation dan final touch sebelum mengajar keesokkan harinya..kami buat persediaan terakhir untuk pastikan segala bahan untuk pengajaran ok dan segalanya akan berjalan lancar semasa mengajar di sekolah..malam tu kami tido agak lewat juga demi memastikan Model P&P kami dalam keadaan baik..segala kepenatan kami terbayar apabila pergi ke sekolah..kami amat bersyukur, gembira dan seronok dengan respon yang diberikan murid-murid semasa mengajar di sekolah tempoh hari..
Lebih menggembirakan kami, apabila task for induksi set yang ditunjukkan dalam kelas Tekno mendapat pujian daripada ustazah..Alhamdulillah tak sia-sia usaha kami..terima kasih ustazah kerana sudi memberikan tunjuk ajar..:). Bersyukur dan amat gembira kerana Allah berikan peluang kepada kami menimba ilmu daripada Ustazah Salina..banyak pengalaman mengajar ustazah kongsi bersama kami..kami juga berpeluang mendapat ilmu tambahan berkenaan perubatan Islam apabila ustazah sendiri menceritakan pengalaman beliau..semuanya menjadi amat berguna kepada kami apabila bergelar pendidik nanti..dan yang paling best, apabila kami mendapat peluang belajar membuat blog sendiri..Alhamdulillah.
Tak dapat dinafikan sememangnya zaman belajar adalah zaman paling indah..begitu berharga memori ketika bersama-sama sahabat..sesungguhnya pengalaman suka dan duka ini menjadikan kami lebih matang dalam menjalani kehidupan..semoga kami bakal menjadi pendidik terbaik dan ikhlas mendidik anak bangsa demi mencapai kejayaan duniawi dan ukhrawi, insyaAllah..ameen..