CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, November 2, 2008

PETUA AWET MUDA..

Muka kita biasanya akan berminyak selepas bangun dari tidur. inilah masanya untuk mengamalkan urutan wajah. urutkan wajah dengan air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat ke atas Nabi sebanyak 3x. gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan dan diletakkan di bawah dagu. pusingkan jari ke pipi, pipi ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi. lakukan setiap pagi disusuli dengan meminum air suam sebelum mengambil sarapan pagi. perlu diingat, jangan sesekali mengurut wajah dari atas ke bawah kerana ia akan percepatkan proses kedutan.

1. sejurus bangun pagi, baca doa, amalkan petua ini sebelum mandi dan gosok gigi. masukkan air dalam mulut selama 10 saat dan selawat 3x dalam hati. kemudian, baru diteguk. air liur pada awal pagi mengandungi enzim yang boleh jadi penawar, kemudian barulah menggosok gigi.

2. baca ayat 35-38 surah al-Waqiah setiap kali mandi untuk curahan pertama, mulakan dari kepala.

3. selepas solat subuh, bacalah surah Yusuf kemudian minum tiga teguk air suam. mudah2an wajah kelihatan berseri dan awet muda.

4. setelah itu, lakukan snaman ringan. hirup udara segar di luar dan jalan tanpa memakai kasut di halaman yang berumput. geselkan kaki di atas rumput yang masih berembun.

5. amalkan memotong kuku atau rambut pada hari2 yang baik iaitu Isnin, Khamis, Isnin dan Jumaat. Mulakan memotong dari jari telunjuk kanan hingga ke jari kelingking dan seterusnya jari kelingking kiri ke ibu jari tangan kiri. amalkan menanam kuku dan rambut yang dipotong atau gugur mudah2an mendapat berkat di dunia dan akhirat.

6. semasa berdandan pada waktu pagi baca selawat Nabi di kedua-dua tapak tangan dan raupkan ke muka berserta niat dalam hati supaya diindahkan wajah seperti Nabi yusuf. amalkan setiap pagi.

8. ketika makan, janganlah disulam dengan minum air. minumlah setelah setengah jam selepas makan

9. rajin2kan membaca al-Quran dengan niat ikhlas kerana Allah.

10. amalkan solat tahajud
11. sentiasa tenang dan bersikap positif.

12. mulakan sesuatu urusan dengan nawaitu yang baik dan niat kerana Allah

13. maafkan semua orang sebelum tidur.

p/s: petua ini sangat baik untuk diamalkan, selain tidak memerlukan apa-apa belanja..ia juga berkesan untuk menghasilkan kecantikan luar dan dalaman sekaligus (rohani). tak perlu lagi berbelanja besar dan membazir beli bahan yang berbahaya dan haram seperti botox dan bahan2 kosmetik yang mengandungi bahan kimia yang membahayakan. biar kita cantik zahir, cantik juga rohani

KATAKAN TIDAK PADA BAHAN KECANTIKAN YANG PALSU, MENIPU DAN HARAM